Styrofom ada kesan bahaya kepada kesihatan

schedule
2023-10-06 | 09:58h
update
2023-10-06 | 09:59h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Styrofom ada kesan bahaya kepada kesihatan

This post has already been read 300 times!

Nama lain ialah polistirena, berwarna putih, diperbuat secara kimia dari petroleum.


Bekas styrofom atau polisterin seringkali digunakan oleh penjual makanan secara bungkus.

Ramai tidak menyedari bahawa polisterin ini selamat digunakan untuk makanan sejuk sahaja.

Makanan seperti nasi atau mee panas akan menyebabkan bahan kimia seperti thermoplastik menyerap masuk.

Penggunaan polisterin secara kerap juga dikhuatiri mendatangkan risiko kanser.

Sesetengah pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Seremban telah mengharamkan penggunaan dalam semua keadaan sejak 2020.

Penggunaan bekas polisterin diharamkan di Nilai dan Seremban mulai 1hb Jan 2020

Kesemua peniaga premis makanan diberi tempoh sehingga hujung tahun ini bagi menghabiskan stok akhir kotak polisterin sebelum tarikh penguatkuasaan yang akan bermula pada tahun hadapan.

“Kempen ini bertujuan untuk menjadikan negeri kita bebas daripada segala produk bungkusan yang berasaskan polisterin” kata Datuk Zazali Salehudin selaku presiden Majlis Perbandaran Nilai.

Peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula atau bahan yang mudah diurai serta bahan yang mudah dibasuh dan diguna semula sebagai alternatif kepada produk pembungkus makanan polisterin.

Beliau juga berkata pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi peraturan baharu ini akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.00

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/nilai-seremban-ban-use-polystyrene-food-containers-next-year

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Sindrom takut mandi ada sebabnyaAMP

23/08/202423/08/2024AMP bicaraminda
2 mins read

KKM perketat Pengawasan Di Pintu Masuk Malaysia tangani Mpox Kini Diklasifikasikan Sebagai Kecemasan Kesihatan GlobalAMP

19/08/202419/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Lidah berbulu mengundang ketidakselesaanAMP

10/08/202410/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
02.09.2024 - 17:52:53
Privacy-Data & cookie usage: