Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Ramai yang menceritakan Penangan sakit gigi.
Berikut dikongsikan petua rumahtangga merawat sakit gigi.
Kaedah rumah merawat sakit gigi yang banyak diamalkan
1) Berkumur air garam
Gunakan campuran garam dengan air suam untuk membantu menjaga gusi agar lebih sihat dan membunuh bakteria berbahaya.
2) Ketulan Ais
Bungkuskan ais pada sehelai tuala bersih atau gunakan pek ais dan letakkan di kawasan yang bengkak. Cara ini juga membantu melegakan kerengsaan.
3) Bunga cengkih
Kepitkannya 3-5 kuntum bunga cengkih di antara gigi yang menyebabkan kesakitan tanpa menggigitnya. Biarkan sehingga kesakitan berkurangan.
Atau letakkan beberapa titis minyak cengkih ke atas kapas dan letakkannya pada gigi yang sakit, biarkan sehingga rasa sakit itu berkurangan.
4) Lidah Buaya (Aloe vera)
Lendir Aloe Vera membantu merawat gusi bengkak ketika proses gigi tumbuh. Anda boleh meletakkan gel aloe vera pada bahagian sakit
5) Teh Uncang
Asid tannic dalam teh bahan meredakan kesakitan.
6) Rendam uncang teh dengan air suam untuk 10 minit. Keluarkan Uncang teh dan kemam dalam mulut selamat 3 minit.
7) Daun jambu batu
Daun jambu batu sangat berkesan untuk merawat kesakitan. Ia mengandungi anti-spasm, bersifat antibakteria dan membasmi kuman.
Air daun jambu batu dibuat kumur untuk meredakan sakit gigi.
8) Serbuk penaik
Campurkan sedikit ubat gigi bersama serbuk penaik, dan oleskan pada bahagian gigi yang sakit.
9) Daun pudina
Tumbuk halus beberapa helai daun pudina segar dan letakkan pada kawasan yang sakit selama 20 minit dan kesakitan akan berkurang.
10) Timun
Sifat penyejukan Timun juga boleh membantu melegakan kesakitan.
Tips mengelakkan serangan sakit gigi
i) Jauhi makanan manis sarat dengan gula
ii) Perbanyakan minum air
Berus gigi setiap kali selepas makan
iii) Jika masih sakit, boleh ambil ubat anti sakit seperti ibuprofen

Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Sakit gigi sukar dibawa bincang ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.
Terbaik artikel ni….Boleh share ngan member
Comments are closed.