Menembak anjing oleh pihak berkuasa tidak bertamadun

Kerjaya dan Gedung Maklumat

schedule
2023-10-29 | 04:34h
update
2023-10-29 | 04:34h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Menembak anjing oleh pihak berkuasa tidak bertamadun

This post has already been read 374 times!

Di Malaysia ini gaji Yang Dipertua dan Pengarah Jabatan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan boleh dikategori sebagai tinggi. Namun kerja malas. Ambil mudah dengan jalan pintas menembak haiwan gelandangan tanpa rasa belas.



S.O.P menembak haiwan gelandangan ini hanya berlaku pada negara tidak bertamadun dan pegawai-pegawai PBT mereka yang tidak bersekolah. Nilaikan sendiri S.O.P PBT negara kita terhadap anak anjing. Layakkah mereka ditembak tanpa belas ehsan?

Dimanakah mentaliti dan pemikiran kelas pertama yang dilaungkan oleh pemerintah negara jika kakitangan awamnya tidak tahu menghargai nyawa haiwan? Sampai bila alasan ‘tiada bajet’ mahu dizikirkan dibibir pelaksana kerajaan?

Tidak boleh fikirkan satu kaedah dan peruntukkan sedikit pendapatan negara untuk perbelanjaan pembangunan Pusat Haiwan Gelandangan dan haiwan dimandulkan terlebih dahulu?

Beberapa PBT di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Pahang sebelum ini dikenal pasti menjalankan aktiviti mematikan haiwan dengan cara menembak secara zalim anjing gelandangan.

Selepas ini Animal Malaysia mohon kepada seluruh rakyat Malaysia pencinta haiwan bersama-sama memerhatikan tindakan mana-mana PBT yang melakukan kerja luar tabii iaitu mematikan dengan cara menembak haiwan mengikut hawa nafsu dengan merakam aksi mereka untuk kita paparkan dan kutuk serangan ganas PBT terhadap haiwan gelandangan kucing dan anjing agar kerajaan mengerti bahawa perbuatan sebegitu tersasar daripada fitrah ihsan manusiawi.

www.animalmaysia.com

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Bulu kucing suci dan tidak membatalkan solatAMP

09/09/202409/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Persahabatan Unik antara Anak Gajah dan Kanak-KanakAMP

09/09/202409/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

[ Video] Keberanian Remaja Menyelamatkan Arnab dari Kebakaran mendapat pujian ramaiAMP

09/09/202409/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
11.09.2024 - 23:54:20
Privacy-Data & cookie usage: