Ingat usus bocor hanya menyebabkan penyakit seperti alahan kepada makanan.

Rupanya usus bocor juga menyebabkan serangan gout berulangkali. Keadaan paling kritikal apabila gout sentiasa ada dalam badan.

Sebagaimana pesakit gout ketahui, penyakit ini tidak ada ubat di hospital yang menyembuh sepenuhnya.

Kebiasaannya gout akan menyerang kembali walaupun berpantang makan daging, kacang dan makanan laut.

Puncanya yang dikenalpasti ialah usus bocor atau “leakygut“.

Usus bocor menyebabkan Toksik atau makanan belum siap proses sepenuhnya diserap masuk ke dalam darah melalui liang kebocoran pada usus. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas sistem pertahanan badan menjadi huru-hara.

Kaedah rawatan yang telah dikenalpasti pasti seperti protokol berikut:

1. Berhenti sepenuhnya mengambil makanan atau minuman bergula. Gula termasuk jenis tersembunyi dalam semua makanan proses seperti roti, roti canai, kueh mueh,pizza, ayam goreng,sambal dan banyak lagi.

2. Berhenti mengambil makanan segera burger,piza,ayam goreng dan semua masakan dari kedai.

3. Amalkan minum minyak kelapa atau minyak zaitun 150ml sejam sebelum tidur.

4. Amalkan puasa air akan membantu menyegerakan pemulihan usus bocor. Lakukan puasa rawatan (puasa air atau puasa lemak) untuk tempoh 18-20 jam setiap hari.

Pemulihan akan dapat dirasai sekitar sebulan hingga enam bulan bergantung tahap kesihatan masing-masing.

Pesakit gout mesti berdisplin untuk memulihkan gout sepenuhnya. Tidak ada ubat atau vitamin khas untuk memulihkan gout.

Fokus makanan yang dimasak sendiri sahaja. Amalkan setiap malam mengambil minyak kelapa,minyak zaitun sebelum tidur.

Awas semua jenis gula tidak dibenarkan sama sekali..

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada