Tidak dinafikan kehadiran kucing terbiar terlalu banyak membuatkan kawasan yang dihuni kotor dan berbau sehingga menimbulkan rasa kurang selesa sesetengah individu terutama yang tinggal di kawasan perumahan berpenduduk padat.

Peka dengan isu itu Komuniti Perumahan Awam Sri Sabah di Bandar Tun Razak ibu negara berusaha membina taman kucing untuk menempatkan kucing terbiar .

Taman Kucing Madani di Perumahan Awam Sri Sabah diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi pembinaan kemudahan sedemikian di seluruh negara.

Hasil kerjasama antara penduduk dan Rukun Tetangga sejumlah RM 15,000 diperuntukkan untuk pembinaan taman kucing berkenaan.

Taman kucing Madani yang mampu menempatkan 74 ekor kucing terbiar ini dirasmikan oleh ahli parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn