Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid akan disalurkan bermula Januari 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan secara ‘sekali bayar’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.


Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.



Berikut dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan secara umum.


Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.


Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.


Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

kriteria-kriteria berikut:
a) Murid warganegara Malaysia:
b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan
c) Murid bersekolah di :
i. Sekolah Kerajaan (SK) ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) iii. Sekolah Agama

iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

vi. Sekolah Integriti

v. Sekolah Henry Gurney

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada