STR 2024 RM3,700: Permohonan & Semakan Sumbangan Tunai Rahmah

This post has already been read 234 times!

STR 2024 bagi golongan belia bertambah daripada RM350 kepada RM500.

STR 2024 juga bakal membuat bayaran pertama kepada RM500.


Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.


Sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan 2024.

Sementara itu, manfaat SARA (Sumbangan Asar Rahmah 2024) pula akan memanfaatkan 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.


Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar sehingga RM40 sebulan memanfaatkan lebih 142,000 isi rumah miskin tegar juga diteruskan.

Syarat Permohonan

I) KATEGORI ISI RUMAH
Pemohon :

1.1) Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

1.2) Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

1.3) Pasangan
Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)

1.4) Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

1.5)Anak
Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan

1.6) Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan

1.6.1) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS


II) KATEGORI BUJANG

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
-Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

Baca Juga   Apa maksud B40 M40 dan T20

III) KATEGORI WARGA EMAS / TIADA PASANGAN

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

Tarikh Permohonan
Permohonan baharu STR akan dibuka seawal 1 November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran STR 2024
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

Fasa 1 : Februari 2024
Fasa 2 : April 2024
Fasa 3 : Ogos 2024
Fasa 4 : November 2024

NOTA: Bayaran Fasa 1 akan dinaikkan kepada RM500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan.

Jumlah bayaran STR berdasarkan Pendapatan Isi Rumah :

1) Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
RM2,000 : 3 – 4 Anak
RM1,500 : 1 – 2 Anak
RM1,000 : Tiada Anak

2) Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000

RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
RM1,000 : 3 – 4 Anak
RM750 : 1 – 2 Anak
RM500 : Tiada Anak

3) Warga Emas Bujang
RM600

4) Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
RM350


1) Permohonan Secara dalam talian di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Rujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.
KAEDAH PERMOHONAN ONLINE
LOGIN KE LAMAN WEB https://bantuantunai.hasil.gov.my

KLIK PADA PERMOHONAN / KEMASKINI / SEMAKAN. ISIKAN BUTIRAN YANG DIPERLUKAN DALAM RUANG KOSONG YANG DISEDIAKAN

PERMOHONAN ANDA AKAN DIPROSES DAN DISAHKAN


2) KAEDAH PERMOHONAN MANUAL (DI KAUNTER)
Kepada individu yang ingin hadir/walk in ke Pejabat LHDN bagi mengisi atau menghantar borang manual permohonan STR 2024 sila sertakan dokumen seperti di bawah ini:

1) SALINAN KAD PENGENALAN
2) SALINAN MY KIDS ANAK2 @ SIJIL KELAHIRAN
3) SALINAN SIJIL PERNIKAHAN
4) SALINAN SIJIL PENCERAIAN (Ibu Bapa Tunggal)
5) PENYATA KWSP (Bagi yg kehilangan pekerjaan)
6) SALINAN SIJIL SSM
7) SALINAN AKAUN BANK

Baca Juga   Bantuan Bayi Baru Lahir RM300 Tahun 2023

Jadual perkhidmatan kaunter STR di LHDN adalah seperti berikut:

Pejabat HASiL : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Kaunter Setempat HASiL UTC : Berdasarkan waktu kaunter setempat UTC HASiL
*NOTA: Kaunter STR tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri (bagi negeri yang terlibat)

Kemaskini Maklumat

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR 2023, anda:

1) perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;

2) perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;


3) tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;

4) tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.

Sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.