Program Pemberian Bantuan Secara Baucar untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Baucar untuk pembelian barangan keperluan bernilai RM200 di pasar raya terpilih.

Pembahagian baucar mengikut DUN dan diproses oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing berdasarkan kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:-

i) Penerima bantuan adalah masyarakat yang menyambut perayaan berkenaan;

ii) Penerima bantuan mestilah mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 dan ke bawah;

iii) Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan;

iv) Hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga; dan

v) Penerima bantuan bukanlah penerima manfaat di bawah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)

Maklumat-maklumat penerima manfaat yang telah dikenalpasti layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan ini akan didaftarkan ke dalam Sistem Jom Shopping oleh petugas Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Maklumat-maklumat ini merangkumi nama, nombor kad pengenalan, umur, alamat, jantina, kaum, status perkahwinan, nombor telefon, jumlah pendapatan seisi rumah, maklumat pasangan dan nombor kupon.

Dengan adanya sistem ini, pihak petugas Pusat Khidmat DUN dapat mengenalpasti penerima-penerima manfaat baharu yang tidak pernah mendapat bantuan melalui program ini serta memastikan sendiri tiada penerima manfaat yang sama atau berulang pada setiap tahun berdasarkan maklumat-maklumat sedia ada yang telah didaftarkan di dalam sistem.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn