Bukan semua syaitan diikat semasa bulan Ramadhan.
Syaitan suka pembaziran.

Uniknya Syaitan   timbul pada bulan Ramadan dengan ramai peniaga bazar memilih untuk membuang juadah yang tidak habis dijual.




Pembaziran makanan berlaku apabila para peniaga menyediakan makanan berlebihan semata-mata mahu meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.


Dilaporkan oleh Utusan Malaysia 7 April  2023 di Kuala Lumpur sahaja merekod 60 tan sehari makanan tidak habis dijual dibuang ketong sampah.

Purata 20 hari berniaga sepanjang bulan Ramadhan menyaksikan sejumlah 1,200 tan makanan masih elok dibuang oleh peniaga bazar Ramadan di kawasan Kuala Lumpur.



Manakala Sinar Harian menerusi laporan muka hadapan Sinar Harian pada 9 April 2023, peniaga bazar Ramadan di Selangor pula membuang sekitar 1,3000 tan makanan yang tidak habis dijual dalam tempoh 18 hari.

Jumlah yang dibazirkan itu  bersamaan dengan berat 195 ekor gajah dewasa.

Secara puratanya sekitar 80 tan makanan dibazirkan oleh peniaga bazar Ramadhan.

  
Diharap bazaar Ramadhan tahun 2024 sifar pembaziran makanan tidak terjual.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada