Amaran Berjaga-jaga Cuaca panas   Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 7553 times!

Fenomena el-nino sedang melanda negara mengakibatkan suhu meningkat sekitar 35-37°C

Status Cuaca Panas

🔸Terdapat 1 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu Pokok Sena, Kedah.

🔸Terdapat 14 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang di Kedah, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat daya Pulau Pinang, Kuala Kangsar di Perak dan Sepang di Selangor.

🔸Terdapat 1 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Beaufort.

*Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

*Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

#metmalaysia
#statuscuacapanas
#NRES

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Indonesia mengharamkan transaksi barangan di platform media sosial