Fakta perubatan Usus merupakan otak kedua

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 128 times!

Ya, penemuan dalam bidang sains perubatan bahawa kewujudan sistem kejuruteraan canggih antara usus dan otak.

Usus sering dirujuk sebagai “otak kedua (2nd Brain)” kerana ia mengandungi rangkaian kompleks sistem komputer semulajadi dinamakan neuron dan neurotransmitter, membentuk sistem saraf enterik (Entrix Nerve System -ENS), yang boleh berfungsi secara bebas daripada sistem saraf pusat (Centrix Nerve System -CNS).



Komunikasi elektronik antara ENS dan CNS melalui laluan saraf, hormon dan imunologi.

Mikrobiota usus, pengumpulan mikroorganisma yang hidup dalam saluran pencernaan, juga memainkan peranan penting dalam sistem otak kedua ini.

Penyelidikan mencadangkan bahawa sambungan usus-otak ini mempengaruhi pelbagai aspek kesihatan manusia, termasuk pencernaan, mood, kognisi, kerunsingan dan juga keadaan kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.

Oleh itu, mengekalkan usus yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan keseluruhan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Minyak ikan omega-3 bagaimana memilih yang bagus