Di Jepun, menjadi amalan biasa bagi pelajar untuk membersihkan bilik darjah mereka sendiri dan juga tandas sekolah.

Murid Jepun diasuh menjaga kebersihan sejak usia awal persekolahan

Tradisi ini, yang dikenali sebagai Gakko Soji (pembersihan sekolah)  bertujuan untuk mengajar pelajar kepentingan kebersihan dan tanggungjawab. Guru membantu apabila ada kesukaran yang dihadapi, namun tanggungjawab utama terletak pada pelajar, yang sering membentuk pasukan untuk membersihkan kawasan yang ditetapkan.

Amalan ini membantu menerapkan nilai kerja berpasukan, menghormati persekitaran seseorang dan akauntabiliti peribadi dikalangan murid.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun pelajar memainkan peranan utama dalam pembersihan, ini tidak bermakna sekolah tidak mempunyai penjaga sama sekali.

Sekolah  mempunyai kakitangan bukan guru, dikenali sebagai yomushuji yang mengendalikan pelbagai tugas penyelenggaraan.

Kita dapat lihat di Kejohanan Bolasepak Piala Dunia penyokong pasukan Jepun mengutip sampah sarap dalam stadium sebaik tamat perlawanan.

Penyokong Jepun mengutip sampah  di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 2 Dis 2023
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn