Gateway to Hell ialah sebuah kawah berapi terletak di Padang Pasir Derwaza Karakum Turkmenistan.



Dari jauh ianya kelihatan sebuah kawah berapi sebesar 70 meter dan kedalaman 20 meter.

Pada tahun 1971 sekumpulan pengkaji bumi Soviet yang sedang mencari gas di kawasan gurun karakum telah menemui kesan gas tetapi proses mengorek terhenti apabila alatan mengorek terbenam kedalam kawah besar.

Memandangkan lubang tersebut mengeluarkan gas beracun methane ahli kaji bumi berkenaan membuat keputusan membakarnya dan berharap ianya padam dengan sendiri dalam beberapa hari, malangnya setelah 52 tahun sehingga kini (2023) ianya masih terbakar.

Orang tempatan memanggilnya ‘The Door to Hell’ dan kawah berapi ini menjadi tarikan pelawat dari serata dunia untuk melihat fenomena ajaib ini.

Pelawat perlu berhati hati tidak terlalu hampir dengan kawah kerana kemungkinan tebing tanah yang dipijak melurut kebawah kawah.

Pada malam hari kelihatan pemandangan suasana yang cantik dengan kawah berapi ini terang benderang ditengah padang pasir yang gelap gelita.

Beberapa tahun lepas, seorang adrenaline junkie berasal dari Canada bernama George Cornelius telah ditaja oleh National Geographic turun kebawah kawah dengan sut tahan api bertujuan mengambil sampel tanah.

Analisa makmal menemui sejenis bakteria yang hidup dibawah tanah kawah api Walaubagaimanapun bakteria itu tidak dijumpai diluar kawasan kawah.

Diberitakan bahawa kerajaan Turkimenistan sedang menilai cadangan pakar untuk menutup kawah berapi berkenaan sepenuhnya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada