Melepaskan gadaian hartanah dari pihak bank di Malaysia

This post has already been read 110 times!

Contoh

Melepaskan Gadaian adalah suatu proses untuk menebus kembali Geran Asal daripada pihak Bank setelah pembayaran balik pinjaman perumahan atau tanah telah diselesaikan.

Proses ini boleh dilakukan apabila pihak Bank telah memberikan arahan kepada Pembeli/Peminjam untuk melantik peguam bagi menguruskan proses Melepaskan Gadaian.

Jika pinjaman perumahan atau tanah telah diselesaikan oleh Pembeli/Peminjam, maka mereka berhak untuk menebus kembali Geran Asal daripada Bank.

Selain daripada menebus kembali Geran Asal daripada Bank, proses Melepaskan Gadaian ini juga adalah sangat penting untuk dilakukan bagi mengeluarkan nama Bank Penuntut daripada Geran tersebut.

Memandangkan Pembeli/Peminjam telah berjaya menyelesaikan pinjaman perumahan sepenuhnya, pihak Bank tidak mempunyai sebarang hak lagi terhadap hartanah tersebut dan nama Bank perlu dikeluarkan daripada Geran melalui pendaftaran yang akan dilakukan di Pejabat Tanah.

Proses asas untuk Melepaskan Gadaian:-

1. Pelanggan akan menandatangani Surat Kebenaran melantik peguam

2. Borang 16N (Melepaskan Gadaian) ditandatangani oleh pihak Bank

3. Pengesahan dokumen yang berkaitan di LHDN

4. Proses pendaftaran di Pejabat Tanah

5. Pelanggan akan menerima Geran Original •

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk Melepaskan Gadaian:-

1. Salinan kad pengenalan Pembeli/Peminjam

2. Resit cukai tanah bagi tahun tersebut

3. Resit cukai harta yang terkini

4. Bukti penyelesaian bayaran pinjaman

5. Jenis hartanah -Hartanah Geran Individu atau Geran Strata

Maklumat ini adalah bertujuan untuk panduan sahaja oleh itu ia tidak boleh digunakan untuk dijadikan apa-apa keputusan peribadi anda.

Jika anda ragu dengan maklumat di atas, sila hubungi pihak bank untuk maklumat lanjut.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Kasut lelaki popular pilihan 2023