PUASA SUNAT PADA HARI JUMAAT

schedule
2024-04-11 | 22:27h
update
2024-04-11 | 22:28h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
PUASA SUNAT PADA HARI JUMAAT

This post has already been read 553 times!

PUASA SUNAT PADA HARI JUMAAT Details Written by Raiful Shaharil Abdullah Jabatan Mufti Terengganu

Soalan: Apa hukum berpuasa pada hari Jumaat? Jawapan: Puasa sunat memang digalakkan di dalam ajaran Islam. Cuma ia mesti dilakukan dengan disiplin-disiplin tertentu. Dalam isu puasa sunat hari Jumaat, di dalam mazhab Syafie, kalau dilakukan tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu, maka ia adalah makruh. Dalilnya ialah hadith: “Daripada Muhammad bin Abbad bin Ja’far katanya, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi s.a.w melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat? Jabir menjawab: “Ya.” (Riwayat Muslim) Hadith lain ialah: “Daripada Juwairiah katanya, “Bahawa Rasulullah s.a.w masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: “Tidak”. Sabdanya: “Adakah engkau akan berpuasa esok?” Saya menjawab: “Tidak.” Baginda bersabda: “Hendaklah engkau berbuka.” (Riwayat Bukhari) Hadith lain lagi: “Hari Jumaat itu adalah hari al-Aid (hari raya), maka janganlah jadikan al-Aid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (Riwayat Ahmad) Hadith Nabi s.a.w: “Daripada Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya”. (Riwayat Muslim) HUBUNGI KAMI Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. TEL: +609-6252525 FAX : +609-6235411 E-MAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

3 mins read

Anjing pintar baka Border Collie dalam Penternakan Biri-biri di EropahAMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

[ Video] Aksi Berani Pasukan Bomba Algeria Selamatkan Kucing Tersangkut di Kabel ElektrikAMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
5 mins read

Mengapa Pelajaran Bahasa Inggeris Tidak Diminati di Malaysia?AMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
17.09.2024 - 20:44:04
Privacy-Data & cookie usage: