1 min read

Pramugara American Airlines ditahan, dituduh merakam gadis di tandas pesawat

This post has already been read 2040 times!

Seorang Pramugara American Airlines ditahan, dituduh merakam gadis di tandas pesawat menuju Boston.

Keluarga gadis berusia 9 tahun itu, yang tinggal di Texas, memfailkan tuntutan mahkamah pada Februari lebih setahun selepas dia didakwa dirakam dalam penerbangan Januari 2023 ke Los Angeles.

Pramugara Thompson

Pramugara berkenaan Thompson 37, telah ditangkap dan didakwa oleh ejen siasatan persekutuan pada Januari 2024 selepas dakwaan memalukan itu terbongkar apabila seorang gadis North Carolina berusia 14 tahun dalam penerbangan berasingan menyedari sebuah iPhone sedang merakamnya di tandas pesawat pada September 2023.

Gadis berkenaan merakam foto iphone yang sedang membuat rakaman itu sebelum meninggalkan tandas.

Thompson 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah semasa perbicaraan di mahkamah persekutuan Massachusetts atas tuduhan cubaan eksploitasi seksual kanak-kanak dan memiliki pornografi kanak-kanak yang menggambarkan kanak-kanak bawah umur pra-remaja, lapor Boston Herald.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   15 Fakta menakjubkan Tentang Tubuh Manusia!