Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
1) Cara tuntut Wang.
1. Pergi ke laman sesawang https://egumis.anm.gov.my
2. Klik di bahagian atas sebelah kanan PENDAFTARAN
3. Lengkapkan maklumat diri yang diminta. (Nama penuh dan nombor kad pengenalan sila ikut dokumen pengenalan diri)
4. Isi maklumat dan tandakan ruangan yang perlu ditanda dan klik ‘DAFTAR’. Pendaftaran selesan dan klik LOG MASUK
5.
Pergi ke laman sesawang eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my dan klik LOG MASUK
6. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran.
7. Kemaskini maklumat pengguna (pengguna diminta untuk melengkapkan semua butiran yang bertanda *)
8. Setelah selesai disimpan, paparan portal e-GUMIS akan seperti ini dan boleh klik ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT’
9. Masukkan No. kad pengenalan yang diberikan. Had maksimum carian adalah sebanyak 2 kali sahaja dalam sehari.
10. Jika mempunyai rekod carian, paparan rekod akan ditunjukkan seperti di dalam gambar rajah.

11. Borang permohonan akan dijana secara automatik dan pengguna perlu melengkapkan butiran penerima bayaran.
12. Tandakan di dalam kotak merah dan lengkapkan maklumat akaun bank.
13. Semak ruangan mandatori dokumen yang diperlukan lagi untuk dimuat naik.
14. Pemohon akan diminta untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
15. Klik butang muat naik untuk masukkan dokumen sokongan.
16. MyKad kalau nak palangkan pastikan tidak kena pada nombor .
17. Sebelum klik butang HANTAR, pemohon perlu klik butang SETUJU.

Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Cara semak dan tuntut Wang Yang Tak Dituntut (WTD) ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.