This post has already been read 5689 times!
Pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung, dipelawa mengemukakan permohonan sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai 28 Mei 2024.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu, boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu, manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun. Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024, dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.