Pembunuhan Kevin Morais luar biasa, kejam dan dirancang rapi-Hakim

schedule
2024-05-31 | 01:36h
update
2024-05-31 | 01:36h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
4 mins read
Pembunuhan Kevin Morais luar biasa, kejam dan dirancang rapi-Hakim

This post has already been read 3797 times!

Tertuduh kedua, G Gunasekaran, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh mendiang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin Morais

Putrajaya: Mahkamah Rayuan bersidang pada 14 Mac 2024 menyifatkan pembunuhan keatas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, adalah luar biasa, kejam dan dirancang dengan rapi oleh enam lelaki.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam lelaki yang juga perayu atas sabitan membunuh Kevin Morais.

Enam pesalah yang mengemukakan rayuan iaitu

  1. Bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 61;
  2. pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandran, 53;
  3. Penganggur R Dinishwaran, 32;
  4. Penganggur A K Thinesh Kumar, 31;
  5. Penganggur M Vishwanath, 34;
  6. Penganggur S Nimalan, 31.

Dalam penghakiman ringkasnya, Hadhariah berkata, mengambil kira kejadian pembunuhan adalah suatu dirancang dengan rapi manakala keadaan mayat si mati ditemui dibunuh dengan kejam.

Tong Dram berisi simen tempat mayat Kevin disembunyikan

“Tidak cukup dengan membunuh mangsa, kereta juga dibakar dan barang peribadi dibuang, maka kejadian ini dikategorikan sebagai kejadian bunuh luar biasa.

“Oleh itu, hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukan semua tertuduh adalah gantung sampai mati, jadi rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman ditolak serta sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya yang turut bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.

Kereta proton Perdana milik Kevin dibakar

“Orang Kena Tuduh (OKT) pertama (Dr R Kunaseegaran) didapati mempunyai motif dengan si mati manakala OKT ketiga hingga tujuh adalah orang suruhan OKT 1,” katanya.

Pada 10 Julai 2020, semua lelaki berkenaan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah membunuh Kevin Morais.

Mereka didakwa membunuh Kevin Morais, 55, di sebuah lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi hingga 8 malam, 4 September 2015.

Mendiang dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayatnya ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September tahun sama.

Pada 28 September 2015, tujuh tertuduh termasuk Kunaseegaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Kevis Morais.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, G Gunasekaran, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh mendiang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin Morais.

Gunasekaran dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika perbicaraan kes bunuh itu masuk hari ke-36, pada 20 Disember 2016.

Lelaki itu kemudian dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke-54 pendakwaan pada perbicaraan hari ke-39 kes pembunuhan itu. Hadhariah berkata, fakta menunjukkan Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September 2015 dan mayat ditemui pada 16 September tahun sama.

“Keadaan mayat si mati berpakaian lengkap tanpa kasut, tangan diikat ke belakang dengan tali leher dan terdapat tujuh kesan tekanan atau himpitan di bahagian dada, bahu, dan belakang si mati. “Mayat si mati dimasukkan ke dalam guni dalam posisi ‘fetus’, guni diikat dengan dawai besi kemudian dimasukkan ke dalam tong drum dan dicurahkan simen serta dibuang dalam paya berair,” kata hakim Hadhariah.

Katanya, disebabkan ketiadaan saksi mata dalam kes itu, pendakwaan bergantung kepada keterangan SP54. “SP54 pada 4 September 2015 jam 5.30 pagi, lelaki itu bersama OKT tiga hingga tujuh bergerak ke kediaman si mati di luar kondominium menunggu beberapa minit sebelum bergerak mengekori si mati keluar daripada kondominium adalah satu fakta dibuktikan.

“Si mati yang memandu kereta Proton Perdana tiba di lampu isyarat, OKT ketujuh turun daripada kereta yang dipandu SP54 dan berjalan ke arah kereta si mati, kereta si mati dilanggar oleh sebuah Mitsubishi Triton pada jam 7.38 pagi yang mahkamah dapati perlanggaran disengajakan,” katanya.

Menurutnya, kereta si mati ditemui terbakar di ladang kelapa sawit Hutan Melintang, Perak dan menerusi keterangan ahli kimia saksi pendakwaan ke-13 mengesahkan kereta itu terbakar 100 peratus.

“Kereta bernombor casis sepanjang 15 sentimeter (sm) dan lebar lima sm dipotong dan dibuang, nombor enjin mempunyai kesan kikisan yang dalam.

“Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara menilai semua keterangan, semua OKT kecuali OKT pertama berada di tempat kereta di langgar dan mereka adalah orang terakhir bersama mangsa dan prinsip ‘last seen together’ digunapakai.

“Punca kematian si mati mengikut laporan perubatan ialah lemas, bukan lemas dalam air tetapi lemas kerana tidak bernafas,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

2 mins read

Pembuatan mancis Api di India: inovasi Kayu dan KimiaAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

Kisah Menyentuh perasaan di sebuah Restoran Pada Jam 3 PagiAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[ Video] Tradisi tahunan Ternakan Pulang di Swiss pada setiap Bulan SeptemberAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.09.2024 - 21:59:41
Privacy-Data & cookie usage: