Yoodo Tamat 29 Ogos 2024

Pelanggan Sedia Ada boleh terus pelan sediada

schedule
2024-06-16 | 05:50h
update
2024-06-16 | 05:50h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Yoodo Tamat 29 Ogos 2024 – Pelanggan Sedia Ada boleh terus pelan sediada

This post has already been read 315 times!

Yoodo mengumumkan akan menamatkan jenama dan perkhidmatan dibawah mereka berkuat-kuasa 29 Ogos 2024.

Menurut Yoodo, mulai 19 Jun 2024, mereka tidak lagi akan menerima permohonan dan pengaktifan baharu. Selepas tarikh berkenaan, pengguna akan diberikan pilihan untuk beralih ke syarikat telekomunikasi pilihan pengguna, menamatkan servis Yoodo, atau meneruskan pelan sedia ada dengan CelcomDigi.

Pelan Yoodo ini akan menjadi sebahagian daripada penawaran CelcomDigi Prepaid 5G selepas 29 Ogos 2024 kelak. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna kekal menggunakan pelan sedia ada, dan turut membawa baki kredit ke pelan CelcomDigi.

Bagi anda yang tidak ingin meneruskan talian dibawah pelan CelcomDigi, maka anda boleh memilih untuk pindah keluar ke talian lain, atau menamatkan talian sepenuhnya.

Pengguna yang mempunyai baki kredit turut boleh memohon pulangan kembali melalui laman khusus yang disediakan Yoodo.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

RV Flip: Kapal Penyelidikan Unik yang Boleh Berdiri Tegak di LautanAMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[Video] Sistem Pemindahan Kecemasan Marin (MES): Teknologi Menyelamat di Atas KapalAMP

16/09/202416/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

Pembuatan mancis Api di India: inovasi Kayu dan KimiaAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
17.09.2024 - 15:29:03
Privacy-Data & cookie usage: