[Video] Lembu untuk korban terlepas di LDP

schedule
2024-06-17 | 22:29h
update
2024-06-17 | 22:29h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
[Video] Lembu untuk korban terlepas di LDP

This post has already been read 4015 times!

Petaling Jaya 17 Jun 2024 : Media sosial sejak semalam kecoh dengan dua lembu dikatakan terlepas dan berkeliaran di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di Kelana Jaya.

Kejadian itu tular selepas video dan gambar mengenainya dimuat naik dengan keterangan ‘lembu cuba melarikan diri’ sebelum dikorbankan sempena Aidiladha.

Dalam satu video berdurasi 14 saat yang dirakam pemandu kereta, jelas menunjukkan dua lembu dewasa di laluan yang sesak kenderaan, dan lebih malang apabila kereta Perodua Myvi didakwa rosak akibat terlanggar seekor daripada lembu itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi bagaimanapun mengesahkan tidak menerima laporan berhubung kejadian. “Setakat ini tiada laporan diterima. Sedang disemak dari mana lembu berkenaan terlepas,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

3 mins read

Anjing pintar baka Border Collie dalam Penternakan Biri-biri di EropahAMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[ Video] Aksi Berani Pasukan Bomba Algeria Selamatkan Kucing Tersangkut di Kabel ElektrikAMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
5 mins read

Mengapa Pelajaran Bahasa Inggeris Tidak Diminati di Malaysia?AMP

17/09/202417/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
17.09.2024 - 19:49:54
Privacy-Data & cookie usage: