Aku Nur dah berkahwin dan ada seorang anak perempuan berumur 6 bulan. Kami suami isteri bersetuju buat korban dan akikah anak kami sempena Raya Haji tahun ni.
Bapa mertua yang tinggal jarak 3 jam dari kami datang bermalam dirumah. Ayah mertua aku ni duda berumur 62 tahun, ibu suami aku meninggal dunia semasa dia sekolah darjah dua. Kiranya ayah mertua dah menduda selama 20 tahun, dan dia tak pernah kahwin lagi selepas tu.
Ayah mertua aku kaki masjid, setiap waktu solat memang dia ke masjid . Semalam selepas isyak, kami suami isteri dan anak keluar cari barang dapur. Ayah mertua tak nak ikut, katanya nak rehat-rehat sebab esok nak bertolak balik awal pagi.
Jadi kami tinggalkan ayah mertua berseorangan di rumah. Lebih kurang 1 jam 30 minit lepas tu kami balik, suami masukkan kereta ke parkir, manakala aku dan anak turun dan masuk dalam rumah. Masa aku sampai di dapur, aku tengok ayah mertua sedang berdiri di depan ampaian kain.
Aku perhatikan ayah mertua aku berdiri betul-betul di sisi tepi ampaian, tempat aku gantung penyangkut untuk pakaian dalam aku. Masa tu dia tak berbaju hanya berkain pelikat, bila dia pusing dan apabila dia nampak aku, dia terus berjalan ke bilik air bersebelahan dengan ampaian.
Aku masa tu dah berdebar-debar, apa yang ayah mertua aku dah buat ni. Aku cuba kawal diri, bila dia keluar bilik air terus masuk ke bilik tetamu. Aku dah tak senang duduk dah, bila ayah mertua ke ruang tamu sembang dengan suami.
Aku terus ke penyidai, aku tengok penyangkut pakai dalam aku bahagian depannya kosong. Esok pagi, selepas solat subuh aku keluar ke dapur siapkan sarapan. Dan aku tengok penyangkut, seluar dalam aku ada kat bahagian depan. Aku betul-betul ingat susunan semalam, depan tu memang kosong. Siap buat sarapan aku terus masuk bilik baring sebelah anak, laki aku dengan ayah dia tengah sarapan kat dapur.
Apa aku perlu buat? Perlu ke aku bagitahu suami pasal ayah dia? Risau aku , aku ni menantu dia sanggup buat macam tu. Aku fikirkan anak abang ipar, abang ipar selalu tinggalkan anak perempuan dia 7 tahun dekat ayah mertua. Aku fikir yang bukan-bukan. Aku tak sangka sungguh ayah mertua aku macam tu. Kalau masih bernafsu kenapa tak kahwin sahaja, suami pernah cerita sebelum ni dah dua orang makcik Janda kawasan rumah ayah mertua ajak kahwin tapi ayah mertua tolak.
Jadi sekarang ni perlu ke aku bagi tahu suami? – Rose (Bukan nama sebenar)
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.