Rogol anak angkat kontraktor diarah bela diri

schedule
2024-07-11 | 05:51h
update
2024-07-11 | 05:51h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Rogol anak angkat kontraktor diarah bela diri

This post has already been read 2373 times!

Mahkamah Sesyen di Muar pada 10 Julai 2024 memerintahkan seorang kontraktor membela diri atas tiga pertuduhan merogol anak angkat yang juga anak murid isterinya 7 tahun lalu.

Tertuduh berusia 46 tahun sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol anak angkatnya yang berusia 16 tahun ketika kejadian.

Hakim AbuBakar Manat membuat keputusan itu selepas mahkamah berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima-facie bagi ketiga-tiga pertuduhannya dikenakan oleh tertuduh

Pertuduhan pertama dia didakwa merogol anak angkatnya dalam bilik sebuah rumah di daerah ini antara jam 2 hingga 4 pagi januari 2017.

Pertuduhan kedua pula tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap mangsa pada Julai 2017 manakala pertuduhan ketiga pada Disember 2017 dengan semua kejadian berlaku di tempat dan waktu sama.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos sehingga 4 September 2024 untuk tertuduh membela diri.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Tiada Jaminan keatas Tertuduh tolak isteri dalam gaungAMP

16/08/202416/08/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[Video] Banduan terjun dari bangunan mahkamah Keningau, ditangkap semula bersembunyi dalam reban beberapa jam kemudianAMP

31/07/202431/07/2024AMP bicaraminda
3 mins read

Hakim arah buat laporan keatas Lima pemilik akaun TikTok didakwa lakukan buli siber terhadap ibu bapa Zayn RayyanAMP

26/07/202426/07/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
28.08.2024 - 01:41:44
Privacy-Data & cookie usage: