Mahkamah Putuskan Razak Baginda ‘bersubahat’ Dalam Pembunuhan Altantuya,

schedule
2024-07-11 | 21:29h
update
2024-07-11 | 21:29h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
2 mins read
Mahkamah Putuskan Razak Baginda ‘bersubahat’ Dalam Pembunuhan Altantuya,

This post has already been read 6550 times!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan beberapa yang lain secara bersama membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta ($1.44 juta) kepada keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang mati dibunuh, kerana keengganan beliau memberi keterangan bersumpah.

Abdul Razak yang pernah mengaku menjalin hubungan dengan Altantuya antara November 2004 hingga Ogos 2005

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dalam penghakimannya bertulis pada 27 Jun lalu, berkata Abdul Razak yang pernah mengaku menjalin hubungan dengan Altantuya antara November 2004 hingga Ogos 2005 enggan memberikan keterangan bersumpah atau mengemukakan saksi ketika prosiding saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Datuk Vazeer menjelaskan keengganan Abdul Razak memberi keterangan bersumpah membuatkan mahkamah tiada pilihan dan memutuskan dia bersama Ketua Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Kerajaan Malaysia dipertanggungjawabkan atas kematian Altantuya.

“Hanya Abdul Razak saja boleh menjawab beberapa persoalan yang timbul. Walaupun ada peluang buat penjelasan di kandang saksi, beliau memilih untuk melakukan sedemikian.

“Terdapat motif serong yang jelas pada Abdul Razak apabila berhujah bahawa tiada kes yang perlu dijawab dalam tuntutan saman tersebut,” katanya dalam penghakiman bertulis setebal 90 muka surat bertarikh 27 Jun lalu yang diperolehi media pada 11 Julai.

Datuk Vazeer berkata Azilah pernah memberitahu mahkamah bahawa Abdul Razak menyatakan bahawa dia boleh ‘habiskan perempuan itu’, dalam suatu pertemuan di pejabat penganalisis politik itu pada 17 Oktober 2006.

“Andai benar Abdul Razak berkata demikian, maka dia sepatutnya beri keterangan bersumpah untuk menjelaskan mengapa Azilah dipanggil untuk urus mendiang pada malam 19 Oktober 2006. Ketika itu, wanita itu berada di luar rumah Abdul Razak,” katanya.

Pada 16 Disember 2022, Datuk Vazeer ketika bersidang di Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan keempat-empat pihak terbabit secara bersama membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta kepada keluarga Altantuya.

Pada 2007, bapa Altantuya, Encik Shaariibuu Setev; ibunya, Cik Altantsetseg Sanjaa serta anak, Mungunshagai memfailkan saman dan mendakwa terdapat konspirasi terhadap pembunuhan wanita itu.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Altantuya ditembak mati pada 2006 di hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam sebelum mayatnya diletupkan dengan bom C4.

Azilah dan Sirul disabit membunuh dan dijatuhi hukuman mati, manakala Abdul Razak yang juga bekas pembantu kepada Najib Tun Razak sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dituduh bersubahat.

Abdul Razak kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri, manakala Sirul melarikan diri ke Australia sebelum rayuan terakhirnya.

Ketika ini, Azilah sedang menanti hukuman mati di Penjara Kajang .

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Letupan saluran bawah tanah penutup lurang melambung ke udara di Anshan, ChinaAMP

01/09/202401/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Robot dari China akan membantu untuk mencari mangsa lubang jerlusAMP

31/08/202431/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Polis menumpaskan rangkaian ‘swinger’, 36 ditahan termasuk penjawat awam dan pelajar IPTAMP

31/08/202431/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
02.09.2024 - 11:23:28
Privacy-Data & cookie usage: