Saya berjaya dengan bantuan duit rakyat ilmu saya miliki adalah percuma untuk rakyat Malaysia -Dr Aid Fawzal

schedule
2024-07-13 | 09:09h
update
2024-07-13 | 09:09h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Saya berjaya dengan bantuan duit rakyat ilmu saya miliki adalah percuma untuk rakyat Malaysia -Dr Aid Fawzal

This post has already been read 7948 times!

Seorang Pakar automotif tarik diri dari berkongsi ilmu di satu webinar selepas mengetahui peserta perlu melakukan pembayaran untuk menyertai program itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Aid Fawzal memaklumkan kepada pengikutnya dia telah menarik diri dari satu program webinar berkaitan automotif. Pakar automotif itu tarik diri dari webinar berbayar .

“Saya menarik diri daripada program webinar yang akan diadakan Ahad 14 Julai 2024 nanti. Saya baru sahaja tahu yang webinar ini berbayar tanpa dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Aid Fawzal, ilmu dan pengalamannya adalah percuma untuk semua orang dan dia tidak berminat untuk menyertai program yang mengambil bayaran daripada peserta.

“Ilmu dan pengalaman saya adalah percuma. Setakat ini, saya masih tidak minat untuk menjayakan mana-mana rancangan yang memerlukan bayaran untuk peserta bertemu dengan saya,” ujarnya.

Aid Fawzal menjelaskan dia tidak mahu orang ramai membayar untuk mendapatkan ilmu dan mendengar pengalamannya kerana dia merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kata Aid Fawzal, dia tidak sanggup menerima bayaran daripada orang ramai kerana dia berjaya dalam hidupnya dengan bantuan daripada rakyat.

“Saya dulu mula datang United Kingdom dengan duit MARA, duit rakyat. Mana mungkin bila saya dah ‘berjaya’, saya minta duit orang ramai untuk kongsi ilmu yang saya ada. Ini tidak betul,” luahnya.

“Mohon mana-mana pihak penganjur hormati kami penyampai-penyampai ni dengan maklumkan lebih awal lain kali,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Saintis Universiti Tasmania Vincent Lyne mendakwa dia telah menemui lokasi MH370 bersemadiAMP

27/08/202427/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Beberapa lekukan baru berhampiran kawasan tanah jerlus jalan Masjid IndiaAMP

26/08/202426/08/2024AMP bicaraminda
3 mins read

Kronologi wanita terjatuh dalam lubang benam di Masjid India masuk hari Ke-4AMP

26/08/202426/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
27.08.2024 - 11:04:17
Privacy-Data & cookie usage: