Pemandu e-hailing hilangkan diri sudah ditemui

schedule
2024-07-21 | 05:05h
update
2024-07-21 | 05:05h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Pemandu e-hailing hilangkan diri sudah ditemui

This post has already been read 6747 times!

AMPANG –19 Julai 2024

Seorang pemandu lelaki e-hailing yang dilaporkan hilang sejak 12 Julai lalu berjaya ditemui semula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, orang hilang yang dikenal pasti identiti sebenar sebagai Syahrul Asyraf Dahlan, 33, berjaya dikesan semula oleh polis di tepi jalan kawasan Pandamaran, Klang.

“Penama berjaya dikesan oleh sepasukan polis dari IPD Ampang sekitar 5.40 petang dan pemeriksaan mendapati dia berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan fizikal dikesan pada anggota badan individu tersebut.

“Hasil temubual awal pihak polis mendapati penama mengilangkan diri dengan meninggalkan rumah tanpa maklumkan kepada keluarga tentang keberadaannya kerana dalam keadaan tekanan disebabkan masalah kewangan yang kritikal,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah Mohd Azam, polis juga telah memaklumkan kepada ahli keluarganya yang lelaki itu dijumpai semula dalam keadaan baik dan sihat.

Terdahulu, Mohd Azam mengesahkan polis pada 14 Julai lalu pihaknya telah menerima laporan polis tentang kehilangan seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemandu e-hailing bernama Syahrul Asyraf Dahlan.

Beliau memaklumkan kali terakhir beliau dapat dihubungi oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka melalui panggilan telefon semasa sedang bekerja pada 12 Julai lalu.- MalaysiaGazette

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

2 mins read

Tajuk: Tips Mudah Mengatasi Bulu Kucing dalam Rumah AndaAMP

19/09/202419/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[ Video] Penebangan Pokok Kelapa di Tepi Rumah: Langkah Berhati-Hati Demi KeselamatanAMP

18/09/202418/09/2024AMP bicaraminda
3 mins read

Tragedi Kehilangan Jet Peribadi Raja Koko: Sebuah Misteri Penerbangan yang Belum TerungkaiAMP

18/09/202418/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
19.09.2024 - 18:43:32
Privacy-Data & cookie usage: