Kes curi RM24.2 juta dari akaun pelanggan MBSB Bank, 10 dituduh anggotai kumpulan jenayah terancang

schedule
2024-07-26 | 06:21h
update
2024-07-26 | 06:21h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Kes curi RM24.2 juta dari akaun pelanggan MBSB Bank, 10 dituduh anggotai kumpulan jenayah terancang

This post has already been read 12476 times!

KOTA KINABALU:25 Julai 2024

Sepuluh individu yang dikaitkan dengan pengeluaran wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan tetap pelanggan sebuah bank, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Mereka ialah:

BilNamaUsiaPekerjaan
1Subramaniam Thangavelu56Guru
2.Josepin J Langkan38Kontraktor
3.Nasir Abdul Rasid60Pesara
4.Irene Chin Nyuk Thien38Pengurus cawangan bank
5.Christina @ Caroline Pianus Etip53Pengurus cawangan bank
6.Sugumaran K Ponniah56Kerja sendiri
7.Vireonis Jonok35Penganggur
8.Leong Hin Ping62Pesara
9.Hasran Magin46Nelayan
10.Mazlani Jenuary53Penganggur

Semua individu berkenaan didakwa di hadapan Hakim Amir Syah Amir Hassan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mereka dituduh secara berasingan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam kesalahan serius untuk memperoleh faedah material bagi kumpulan yang dipimpin Josepin.

Semua individu berkenaan didakwa melakukan jenayah terbabit antara 26 April dan 10 Julai lalu di cawangan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di sini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebelum mahkamah menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula dan tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Tiada Jaminan keatas Tertuduh tolak isteri dalam gaungAMP

16/08/202416/08/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[Video] Banduan terjun dari bangunan mahkamah Keningau, ditangkap semula bersembunyi dalam reban beberapa jam kemudianAMP

31/07/202431/07/2024AMP bicaraminda
3 mins read

Hakim arah buat laporan keatas Lima pemilik akaun TikTok didakwa lakukan buli siber terhadap ibu bapa Zayn RayyanAMP

26/07/202426/07/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
28.08.2024 - 09:53:51
Privacy-Data & cookie usage: