Pemain lebih suka beri segalanya untuk kelab berbanding negara, itu kekecewaan terbesar Kim Pan Gon

Bekas jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon tanpa berselindung memberitahu, kekecewaan terbesarnya sepanjang membimbing skuad negara adalah gagal mendapat pemain yang ada sifat patriotik tinggi untuk negara.

Menurutnya dalam laporan Astro Arena, pemain lebih cenderung memberikan segalanya untuk kelab, tetapi tidak untuk skuad kebangsaan.

“Saya tidak berjaya dalam misi menanam semangat patriotisme dalam kalangan pemain-pemain negara, semangat kenegaraan pemain negara terlalu nipis, mereka tidak meletakkan keutamaan kepada skuad kebangsaan di tempat sepatutnya.

“Bagi saya ini adalah sesuatu yang hilang dan saya rasa tidak berjaya capai, kita perlu fikir kepentingan semangat patriotisme berjuang untuk negara.

Saya tidak mahu bercakap banyak kerana mereka pemain profesional, saya hanya mahukan lebih komitmen dalam patriotik dan itu yang saya tekankan, saya rasa kita perlukan lebih perkara itu,” ujarnya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada