Semua bomoh menggunakan jin, sifat jin suka berbohong dan memporak-perandakan manusia

schedule
2024-07-26 | 06:37h
update
2024-07-29 | 06:02h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
2 mins read
Semua bomoh menggunakan jin, sifat jin suka berbohong dan memporak-perandakan manusia

This post has already been read 7627 times!

“Kematian menyayat hati Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain berpunca apabila namanya disebut oleh seorang ‘bomoh’ pencuri komputer riba (laptop) milik salah seorang pelajar. komputer riba itu sebenarnya dipinjam tanpa dimaklumkan oleh teman wanita salah seorang tertuduh.

Sedihnya Orang Melayu masih kuat dengan amalan pembomohan yang menggunakan jin. Sedang perbuatan ini membawa kepada seseorang menjadi kafir.

Ibu kepada bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu iaitu Hawa Osman berkata dia cukup terkilan dengan tindakan ‘bomoh’ itu hingga membawa kepada kematian anaknya tujuh tahun lalu.

Menerusi video tular di TikTok, Hawa berharap individu berkenaan yang juga bapa kepada salah seorang pelaku menerima balasan dan hukuman setimpal seperti arwah anaknya. “Saya memang geram dengan bomoh tu.

Saya berdoa kepada Tuhan, moga Allah bagi hukuman (supaya) dia juga ada kesan tekapan-tekapan (seterika wap). “Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” ujar wanita berusia 61 tahun itu.

Penggunaan jin memang menjadi amalan perbomohan, tetapi jin sering menipu manusia. Terbukti dalam kes Zulfarhan, jin tidak memberitahu nama kekasih salah seorang tertuduh. Jin sebenarnya tidak mengetahui apa-apa, kecuali menipu manusia sahaja.

Menurut Hawa lagi, tindakan ‘bomoh’ itu membuat tuduhan secara nyata terhadap anaknya sehingga menyebabkan kematian adalah satu perbuatan tidak sepatutnya berlaku. Malah katanya sebagai umat Islam kita sepatutnya memohon petunjuk daripada Allah dan bukannya mengharapkan bantuan ‘bomoh’ semata-mata.

“Bomoh ini kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan kononnya ada nama arwah (Zulfarhan) tertera. “Selama ini kalau orang pergi jumpa bomoh, bomoh tu hanya akan kata (beri petunjuk) saudara atau orang terdekat sahaja. Tak cakap pun nama,” ujarnya.

Ibu bapa Zulfarhan ketika hadir di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Susulan itu Hawa berharap agar ‘bomoh’ berkenaan segera bertaubat dan tampil memohon maaf kepada mereka sekeluarga kerana menjadi salah satu punca yang membawa kepada kematian Zulfarhan.

“Saya berharap bomoh tu bertaubatlah. Kalau boleh dia datang jumpa kami dan buat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

2 mins read

Kisah Menyentuh perasaan di sebuah Restoran Pada Jam 3 PagiAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[ Video] Tradisi tahunan Ternakan Pulang di Swiss pada setiap Bulan SeptemberAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Sekolah di China mengamalkan qailullah untuk memulihkan kecergasan muridAMP

14/09/202414/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.09.2024 - 09:17:58
Privacy-Data & cookie usage: