This post has already been read 6085 times!

KUALA LUMPUR:Polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang pengasuh taska yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 15 Julai lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan, memaklumkan Nur Shafila Suaib, 20, kali terakhir dilihat di Kampung Sri Malaysia, Kuala Lumpur.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita tempatan itu pada 16 Julai lalu. “Mangsa yang bekerja sebagai pengasuh taska di Desa Petaling gagal dihubungi oleh keluarga sejak 15 Julai.

“Shafila berketinggian 148 sentimeter, berat 45 kilogram, berbadan sederhana kurus, bertudung dan tidak berkaca mata,” katanya.

Tambah kenyataan itu, alamat terakhir wanita itu adalah di 12-23 Pangsapuri Sri Malaysia, No 2 Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab, di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video] Sambil sembang lihat menu sambil tangan seluk beg mangsa
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay