This post has already been read 4321 times!

Tengku Ampuan Pahang berkenan berangkat ke Majlis Bai’ah UIAM KUANTAN

25 Julai 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang.

Ucapan dibuat di Pusat Asasi UIAM disiarkan TikTok Kesultanan Pahang, baginda menitipkan pesan sebelum mengakhiri ucapannya supaya mengambil ikhtibar diatas apa yang berlaku kira-kira tujuh tahun lepas di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM ketika bertitahkan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seramai 5,066 pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi pengajian 2024/2025 di dua kampus Pusat Asasi UIAM iaitu di Gambang dan Kuantan.

Paduka Baginda dalam titah ucapan turut menasihatkan para pelajar agar mengambil iktibar daripada kejadian buli yang berlaku di sebuah universiti awam di negara ini tujuh tahun lalu sehingga menyebabkan pelakunya ke tali gantung.

“Saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua anak-anak yang baru masuk ini kerana baru-baru ini anda semua telah baca dalam surat khabar mengenai apa yang telah terjadi tujuh tahun lalu di UPNM.. jadi saya harap ambillah iktibar apa yang telah terjadi. “Kerana sia-sia sahaja awak masuk ke universiti dan selepas itu ke tali gantung kerana tidak fikir apa yang awak buat itu akan memusnahkan diri awak sendiri,” titah baginda. –

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   10 Negara memiliki Taraf Kecerdasan Terbaik Dunia
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay