Kualiti warna pingat Olimpik 2024 cepat pudar
1 min read

Kualiti warna pingat Olimpik 2024 cepat pudar

This post has already been read 3602 times!

Pemenang pingat gangsa Olimpik dari Great Britain, Yasmin Harper, yang merupakan penerjun di Sukan Olimpik Paris, mendakwa bahawa pingatnya sudah mula hilang kilauannya, dalam masa hanya seminggu selepas dianugerahkan.

Atlet dari Great Britain itu memenangi pingat gangsa ini dalam acara 3m papan anjal seirama wanita yang diadakan di Arena La Defense di Paris, merungut tentang kualiti pembuatan pingat yang dimenanginya.

Masalah yang hampir sama dialami ahli pasukan papan selaju AS, menurut The Telegraph,athlet berkenaan mendakwa bahawa pingat gangsa yang diterima oleh pasukan papan selaju, telah menunjukkan tanda-tanda warna pudar.

Adakah penganjur Sukan Olimpik Paris akan menggantikan pingat yang telah berubah warna?

Masih tidak diketahui sama ada penganjur Sukan Olimpik Paris akan menggantikan pingat yang telah berubah warna tetapi mereka dijangka mengambil perhatian sekiranya permintaan rasmi diajukan kepada mereka oleh pemenang pingat itu sendiri.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kecerderaan menimpa Afiq dan Dominic Tan akibat padang Stadium Bukit Jalil