This post has already been read 361 times!

KONSERT Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu l dihadiri lebih 76,000 peminat telah menyebabkan kerosakan pada rumput padang berkualiti tinggi itu.

Khabarnya satu lagi konsert Bollywood Hrithik Roshan bakal berlangsung pada 1 Dis 2023 iaitu seminggu sebelum saingan akhir Piala Malaysia.

Peminat bolasepak tanahair masih ragu kesediaan padang SBJ sebagai pentas akhir Piala Malaysia 8 Disember nanti.

TMJ memberi perkongsian terkini mengenai status semasa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

TMJ menyumbang dana besar untuk mengubah rumput Stadium Nasional Bukit Jalil dari jenis cow grass kepada Zeon Zoysia.

Pelbagai kritikan kualiti padang SBJ dilontarkan ketika aksi Harimau Malaya menentang India Pestabola Merdeka pada 13 Oktober lalu apabila padang mudah rosak sepanjang perlawanan.

Kualiti padang difahamkan sudah kembali pulih semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Perlu VAR kerana Pengadil bolasepak Malaysia mendukacitakan
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay