Bunuh dan bakar 3 sekeluarga: suspek diburu lebih seminggu diberkas

schedule
2024-08-14 | 02:34h
update
2024-08-14 | 02:34h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Bunuh dan bakar 3 sekeluarga: suspek diburu lebih seminggu diberkas

This post has already been read 10202 times!

MUAR: Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes kejadian bunuh dan bakar rumah hingga meragut nyawa tiga sekeluarga di Pagoh, berjaya ditahan.

Suspek, Azman Mohamed Nor, 48, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar untuk direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Jumaat 9 Ogos 2024.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang terkorban ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Allahyarham Noradriana selamat dikebumikan Sabtu lalu manakala jenazah datuk dan neneknya, masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujiian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.

Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh. Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati terdapat unsur jenayah. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, suspek ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Acah-acah ingin beli gelang tangan kemudian bawa lariAMP

28/08/202428/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Polis siasat video tular lelaki didakwa curi beg tangan di ruang tamu rumahAMP

27/08/202427/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Bau busuk bawa penemuan mayat dua beranak mati kelaparanAMP

25/08/202425/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
28.08.2024 - 03:27:55
Privacy-Data & cookie usage: