Serang hendap Komunis Chong Chor 7 Ogos 1960 mengorbankan 8 anggota cawangan khas PDRM

schedule
2024-08-16 | 05:07h
update
2024-08-16 | 05:30h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
2 mins read
Serang hendap Komunis Chong Chor 7 Ogos 1960 mengorbankan 8 anggota cawangan khas PDRM

This post has already been read 8484 times!

Mayat Anggota Keselamatan yang dibunuh pasukan Chong Chor

Kekejaman Chong Chor tiada batasan dan antara sasaran utama Unit Penggempur Keenam yang diketuainya ialah misi membalas dendam terhadap pembelot Parti Komunis Malaysia (PKM) yang bekerjasama dengan pihak keselamatan Malaysia.

Chon Chor Komunis berasal dari Tronoh

Dalam dokumen rahsia yang diperoleh oleh PDRM mendedahkan pengakuan Chong Chor melakukan serang hendap terhadap satu konvoi pasukan Cawangan Khas (SB) dan pasukan keselamatan Thailand di Rambong, Betong, Thailand pada 7 Ogos 1966.

Dalam serangan hendap itu, seramai 12 anggota Cawangan Khas PDRM dan anggota keselamatan Thailand terbunuh dengan hanya tiga berjaya menyelamatkan diri.

Kejadian itu merupakan sejarah pembunuhan keatas anggota Cawangan Khas yang beroperasi di selatan Thailand sejak pengganas komunis berundur dari Semenanjung dan menjadikannya kawasan tersebut sebagai markas.

Chong Chor mengetuai gerombolan seramai 24 anggota pengganas Kawasan C Daerah Pertama, Regimen Ke-12 untuk melakukan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan.

Pasukan tersebut menjadi sasaran berikutan maklumat yang diperolehi Chong Chor mengatakan konvoi itu dipimpin oleh tiga bekas anggota komunis sebagai penunjuk arah iaitu Kui Hua, Peng Yuen dan Lee Chuan Hee dan dikatakan sedang melakukan tinjauan di kawasan Rambong.

Maklumat tersebut diperoleh daripada pengintip PKM, Yen Hai di Rambong yang mengecam ketiga-tiga bekas anggota PKM.

Oleh kerana kehadiran mereka dianggap sebagai mengancam kedudukan pasukannya di Rambong, Chong Chor mengarahkan serangan dilakukan dengan fokus khusus untuk membunuh ketiga-tiga pembelot PKM berkenaan.

Chong Chor dan gerombolannya tiba di Jalan Yalong dan memilih lokasi untuk menyerang.

Mereka tiba di situ kira-kira pukul 12 tengah hari dan menunggu selama tiga jam apabila dua jeep pasukan keselamatan tersebut muncul.”Kami menunggu sehingga kenderaan itu berada dalam lingkungan tembakan sebelum kami melepaskan tembakan.

Serangan itu benar-benar mengejutkan mereka dan kami membunuh kesemua mereka.” “Setelah menembak kira-kira 20 minit, beberapa anggota saya turun ke bawah untuk memeriksa kenderaan yang musnah dan memeriksa mayat,” kata Chong Chor sebagaimana dipetik dalam dokumen rahsia berkenaan.

Keseluruhannya seramai lapan anggota SB terbunuh bersama empat anggota keselamatan Thailand. Dua pembelot PKM, Kui Hua dan Peng Yuen mati di tempat kejadian.

Yang ketiga, Lee Chuan Hee, meskipun mengalami kecederaan, berjaya melarikan diri bersama dua lagi anggota keselamatan Thailand.

Pasukan Chong Chor berjaya merampas senjata iaitu lima carbines, dua pucuk revolver .38; satu Thompson Gan, dua Sten Gan dan kira-kira 100 peluru.

Selepas serangan tersebut, pasukan Chong Chor kembali ke kawasan perkampungan Kwang Loong, Kapaek di Betong, Thailand.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Acah-acah ingin beli gelang tangan kemudian bawa lariAMP

28/08/202428/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Polis siasat video tular lelaki didakwa curi beg tangan di ruang tamu rumahAMP

27/08/202427/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Bau busuk bawa penemuan mayat dua beranak mati kelaparanAMP

25/08/202425/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
28.08.2024 - 19:05:33
Privacy-Data & cookie usage: