Lelaki Dera Anjing Husky Gagal Hadir perbicaraan, Mahkamah Keluar Waran Tangkap

schedule
2024-08-20 | 06:23h
update
2024-08-20 | 06:23h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Lelaki Dera Anjing Husky Gagal Hadir perbicaraan, Mahkamah Keluar Waran Tangkap

This post has already been read 2882 times!

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) — Mahkamah Sesyen Kajang hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Orang Kena Saman (OKS) dalam kes dera anjing baka Husky di Kondominium Landmark Residence 1, Kajang baru-baru ini.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.

Sebutan baharu bagi kes berkenaan ditetapkan pada 9 pagi, 30 Ogos ini. “Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini sehingga kes ini selesai dibicarakan dan mendapat keputusan mahkamah,” menurut DVS dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.

Susulan itu, DVS telah melakukan siasatan di bawah perenggan 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), dan sekiranya didapati bersalah, individu terlibat boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Kucing menjelajah MRT IstanbulAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

Seekor Anjing Menjadi Polis Trafik untuk Tuannya yang ButaAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
2 mins read

[Video] Kasih ibu beruang amat meruntun jiwaAMP

15/09/202415/09/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.09.2024 - 19:12:38
Privacy-Data & cookie usage: