Isteri ditumbuk suami, datang sendiri ke balai polis

schedule
2024-08-23 | 06:24h
update
2024-08-26 | 00:19h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Isteri ditumbuk suami, datang sendiri ke balai polis

This post has already been read 7161 times!

KULIM: Seorang suri rumah cedera dimuka nekad menunggang motosikal hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, wanita terbabit cedera di mulut dan bengkak di muka akibat ditumbuk suaminya kerana cemburu.

Mangsa berusia 45 tahun terbabit dipukul dengan besi di bahagian belakang oleh suspek berusia 48 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata dalam kesakitan akibat serangan itu, mangsa berusaha menunggang motosikal untuk membuat laporan polis.

Beliau berkata, susulan dari laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim menahan suami mangsa di rumah mereka pada jam 6.40 petang untuk membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai memukul mangsa dengan tangan dan besi di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan rumah itu menemui satu batang besi plat panjang untuk memukul mangsa dan dirampas untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar berkata, berdasarkan siasatan, mangsa mendakwa kejadian dialaminya semalam bukan kali pertama dipukul suami, sebaliknya sudah banyak kali diperlakukan sedemikian kerana cemburu.

Beliau berkata, suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 326A Kanun Keseksaan.

“Mangsa dirawat di Hospital kulim dan menerima enam jahitan di bibir akibat kejadian itu,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Bau busuk bawa penemuan mayat dua beranak mati kelaparanAMP

25/08/202425/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

[Video] Lelaki Afrika ditembak mati, aktif samun sejak 2018, polis buru 10 saki baki ahli kumpulanAMP

21/08/202421/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Mayat budak perempuan 10tahun dalam paya disahkan mati akibat dicekik, rogolAMP

18/08/202418/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
27.08.2024 - 07:41:08
Privacy-Data & cookie usage: