Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov ditahan di Perancis

schedule
2024-08-25 | 02:12h
update
2024-08-25 | 02:12h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov ditahan di Perancis

This post has already been read 1064 times!

Laporan menyebut Durov sedang dalam perjalanan menaiki jet peribadinya, dia telah menjadi sasaran waran tangkap di Perancis sebagai sebahagian daripada siasatan awal polis.

Siasatan tertumpu kepada kekurangan moderator di Telegram. Aplikasi berkenaan dijadikan saluran komunikasi oleh sindiket pengedaran dadah dunia, kata laporan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram Pavel Durov. (Gambar Fail: Reuters)

Penyiasatan tertumpu kepada kekurangan moderator di Telegram, dan polis menganggap situasi ini membenarkan aktiviti jenayah pengedaran dadah berterusan tanpa kawalan.

Telegram tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen. Kementerian Dalam Negeri Perancis dan polis belum memberi sebarang komen.

Telegram, yang berpangkalan di Dubai, diasaskan oleh Durov kelahiran Rusia, yang meninggalkan Rusia pada 2014 selepas dia enggan mematuhi tuntutan untuk menutup komuniti pembangkang di platform media sosial VKnya, yang dijualnya.

Durov, yang dianggarkan oleh Forbes mempunyai kekayaan sebanyak AS $15.5 bilion, berkata beberapa kerajaan telah berusaha untuk menekannya tetapi aplikasi itu, yang kini mempunyai 900 juta pengguna aktif, harus kekal sebagai “platform neutral” dan bukan “pemain dalam geopolitik” .

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Sempena ulangtahun ke-11 Telegram melancarkan sistem jana pendapatan untuk pencipta kandunganAMP

20/08/202420/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Pengasas Megaupload, Kim Dotcom Diekstradisi Ke Amerika SyarikatAMP

18/08/202418/08/2024AMP bicaraminda
1 min read

Keretapi berkuasa hidrogen akan mula beroperasi di ChinaAMP

18/08/202418/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
27.08.2024 - 07:20:03
Privacy-Data & cookie usage: