Hari ini 67 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan.

schedule
2024-08-31 | 04:03h
update
2024-08-31 | 04:03h
person
alhadi.my
domain
alhadi.my
1 min read
Hari ini 67 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan.

This post has already been read 1202 times!

Sejak dekad 1930-an, gesaan supaya satu stadium bola sepak profesional sudah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Namun ia tidak dipedulikan oleh pentadbiran kerana sudah ada sebuah stadium di Jalan Ampang.

Selepas Perang Dunia II, Stadium Jalan Ampang itu tidak lagi boleh digunakan. Apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden FAS & juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) pada 1951, usaha mewujudkan stadium kelas pertama itu diperhebat.

Kemenangan Parti Perikatan pimpinan Tunku pada PRU pertama 1955 melancarkan usaha itu, lalu sebuah jawatankuasa perancangan dibentuk.

Sekitar pertengahan 1956, Coronation Park bersebelahan Victoria Institution dipilih sebagai lokasi stadium baharu itu.

Tan Sri STANLEY EDWARD JEWKES Okt 9, 1913 – Jun 19, 2011

Pembinaan stadium dimulakan pada 25 September 1956 dengan reka cipta oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya ketika itu, Stanley Jewkes, seorang arkitek & jurutera Amerika. Batu asasnya diletakkan oleh Tunku pada 15 Februari 1957.

Penetapan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh rasmi kemerdekaan Tanah Melayu daripada British telah mempercepatkan pembinaannya untuk dijadikan tempat pengisytiharan.

Akhirnya pada 21 Ogos, Stadium Merdeka siap dibina dengan kos sekitar RM2.3 juta.

Mampu menampung maksimum 22,000 penonton, Stadium Merdeka menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara ketika itu dengan tiang lampu limpah tertinggi di dunia, juga bumbung cengkerang kantilevernya yang terbesar di dunia pada ketika itu.

Ia dirasmikan pada 30 Ogos oleh Tunku dalam satu majlis gilang gemilang disaksikan lebih 15,000 penonton.

Persembahan oleh 1,000 pelajar diiringi Pancaragam Askar Melayu Diraja menjadi ‘prelude’ kepada acara kemuncak keesokan harinya.

Pada 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka menjadi saksi detik bersejarah apabila Tunku melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali, mengisytiharkan proklamasi kemerdekaan negara.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

1 min read

Kisah menyayat Buruh Paksa Bina Landasan Keretapi Maut di BurmaAMP

11/09/202411/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

kisah Perang Dunia I tamat pada 11 pagi 11 November 1918AMP

02/09/202402/09/2024AMP bicaraminda
1 min read

59 tahun Singapura berpisah dari Persekutuan MalaysiaAMP

09/08/202409/08/2024AMP bicaraminda
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
alhadi.my
Privacy & Terms of Use:
alhadi.my
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.09.2024 - 12:04:26
Privacy-Data & cookie usage: