Insiden kecerderaan menimpa pemain harimau Malaya Afiq Fazail dalam perlawanan pertama Pesta Bola Merdeka 2024 menentang Filipina di alami pula oleh Dominic Tan gara-gara masalah padang Stadium Bukit Jalil Jalil.

Afiq Fazail di bawa keluar kerana kecerderaan lutut semasa menentang Filipina

Dominic yang diturunkan dalam kesebelasan utama untuk mengemudi pertahanan kiri Harimau Malaya dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2024, terpaksa di bawa keluar setelah mengalami kecerderaan lutut.

Dominic Tan tidak dapat meneruskan permainan kerana kecerderaan lutut

Stadium Bukit Jalil juga diguna untuk penganjuran konsert menyebabkan kerosakan pada rumput yang mudah tercabut. Walaupun kerja baikpulih dilakukan namun sukar untuk dipulihkan dalam tempoh singkat.

Untuk perlawanan peringkat antarabangsa intensiti perlawanan tidak seperti perlawanan peringkat bawahan.

Setiap pemain Harimau Malaya sangat penting kepada negara dan kecerderaan gara-gara masalah padang amat mendukacitakan dan merupakan kerugian kepada kelab juga.

Dominic bermain untuk Sabah dan jurulatih kelabnya, Datuk Ong Kim Swee, sangat kritikal terhadap padang kerana pemain yang cedera itu boleh terlepas perlawanan Liga Super 2024.

Penganjuran Konsert kerap punca utama kerosakan padang Stadium Bukit Jalil

Pada Disember 2024, Harimau Malaya akan bermain di tempat sendiri dalam beberapa perlawanan kempen Piala AFF.

Sewajarnya FAM menggunakan gelanggang lain yang lebih sesuai bagi mengelakkan pemain mengalami kecerderaan serius.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn