Sekumpulan pemancing Malaysia telah menyelamatkan 4 orang nelayan Indonesia yang terapung dilaut selama empat hari.
Bot yang mereka naiki telah karam akibat dilanggar kapal dagang. Kejadian yang mengejutkan ini berlaku semasa mereka menangkap ikan di perairan Indonesia. Walaubagaimana pun dua lagi rakan mereka masih hilang.
Keempat-empat nelayan tersebut ditemui berhampiran Pulau Jarak pada 20 November 2024, sekitar jam 1.40 petang. Mereka telah dibawa ke Pulau Jarak sebelum diserahkan kepada Stesen Jarak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tindakan lanjut.
Operasi pemindahan melibatkan Kapal Diraja (KD) Mahamiru yang sedang melaksanakan Operasi Patroli Terkoordinasi Malaysia-Indonesia. Penyerahan keempat-empat nelayan kepada Kapal Republik Indonesia (KRI) Torani berjaya dilaksanakan di sempadan perairan pada jam 12.40 tengah malam khamis.
.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.