Tragedi Bola Sepak di Guinea: 56 Terkorban dalam Keganasan Stadium

Sebuah keputusan pengadil yang kontroversi telah menjadi pencetus keganasan dan pertembungan di sebuah perlawanan bola sepak di tenggara Guinea, mengakibatkan 56 orang terkorban, menurut angka sementara yang dikeluarkan oleh kerajaan pada hari Isnin 1 November 2024.

Kad Merah menjadi punca meletus rusuhan penonton. Penggunaan VAR (Video Assistant Referee) sewajarnya diwajibkan.

Kebanyakan portal berita melaporkan jumlah kematian  mencecah lebih 100 orang.

Kematian berlaku semasa perlawanan akhir  satu kejohanan untuk menghormati pemimpin tentera Guinea, Mamady Doumbouya, di sebuah stadium di Nzerekore, salah satu bandar terbesar di negara Afrika Barat itu.

Seorang saksi yang hadir di perlawanan itu berkata, satu kad merah yang dipertikaikan pada minit ke-82 telah mencetuskan keganasan. “Keputusan pengadil itu mencetuskan kemarahan dan kekecewaan di kalangan penyokong.

Penonton mula membaling batu  dan polis anti rusuhan  menembak gas pemedih mata untuk menyurai keadaan.

Tindakan polis menyebabkan penonton lari bertempiaran, memanjat pagar stadium sehingga berlaku pijak memijak. Gadis dan kanak-kanak antara mangsa terbunuh.

Ramai mangsa adalah kanak-kanak yang terperangkap dalam huru-hara selepas polis melepaskan gas pemedih mata, menurut seorang pegawai dari pentadbiran bandar itu yang enggan dikenali.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada