Seorang pelajar sekolah menengah di China, Lan Bowen, mencipta telefon pintar boleh lipat secara menegak menggunakan 3D printer dan komponen telefon lama, menarik perhatian netizen dengan 4.7 Juta tontonan.

Lan mendapat inspirasi untuk mencipta telefon ini selepas mendapati kebanyakan telefon boleh lipat di pasaran dilipat secara mendatar atau ke dalam. Namun, tiada versi lipatan menegak ke luar.

Fakta menarik:

  • Ketebalan hanya 16mm selepas dilipat
  • Bingkai dibuat menggunakan pencetak 3D berharga RM1,300
  • Komponen utama diperoleh daripada telefon lama ahli keluarganya
  • Mengalami cabaran dengan fungsi skrin sentuh tetapi berjaya menyelesaikannya selepas pelbagai ujian

Vivo Turut Terpukau!

Inovasi Lan mendapat pujian meluas di media sosial China. Malah, jenama telefon terkenal Vivo turut memberi reaksi dengan komen:

“Hebat! Vivo menantikan lebih banyak ciptaan hebat daripada anda.”

Minat Sejak Kecil

Lan, yang hanya cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris dan Geografi, sudah menunjukkan minat dalam kerja tangan sejak kecil. Ibunya seorang ejen insurans dan ayahnya pemandu teksi, namun mereka tetap menyokong hobinya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada