Robot dari China  akan membantu  untuk mencari mangsa lubang jerlus
1 min read

Robot dari China akan membantu untuk mencari mangsa lubang jerlus

This post has already been read 5439 times!

Diterbitkan pada: Jumaat, 30 Ogos 2024 Oleh: FMT, Faiz Zainudin Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelapan mula menggunakan peralatan penggerudian berat bagi memudahkan akses, awal hari ini.

Pasukan jurutera pengendali robot China memasuki tapak operasi

PETALING JAYA: 30 Ogos 2024 Pencarian warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam sedalam 8m di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, dipertingkatkan dengan penggunaan robot khas yang dibawa dari China.

Sumber memberitahu robot dari China itu dilengkapi kamera, boleh digunakan untuk masuk ke ruang sempit.

Difahamkan, tiga jurutera dari China akan diterbangkan ke Malaysia untuk mengendalikan robot berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat yang seorang pelancong dari India, Vijayaletchumy, 48, memasuki hari kelapan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Nukilan kenangan Perajurit Negara Brunei berlatih di Persekutuan Tanah Melayu