This post has already been read 163 times!

Mitos Pulut Menyebabkan Perut Kembung dan Badan Lesu

Ramai di antara kita percaya bahawa makan pulut boleh menyebabkan perut kembung, rasa lesu, dan sakit badan. Walaupun ini adalah pendapat yang sering didengar, adakah ia benar-benar berasaskan pengetahuan pemakanan atau sekadar mitos?

Fakta Pemakanan: Pulut dan Khasiatnya

Pulut sebenarnya kaya dengan karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga berpanjangan. Berikut adalah fakta sebenar tentang pulut:

Kenapa Mitos Ini Tercipta?

Mitos-mitos ini mungkin tercipta kerana cara penyediaan pulut yang digabungkan dengan lauk-pauk  seperti rendang, kari, atau sambal. Lauk pauk ini dimasak dengan campuran perasa yang bermasalah kepada usus. Pulut yang jadi sasaran kecaman tidak bagus sedangkan puncanya dari bahan campuran seperti gula dan perasa buatan manusia.

Ketidakselesaan perut akan memberi kesan lesu. Pulut yang diambil secara sederhana sebenarnya memberi manfaat kesihatan.

Pulut Sebagai Makanan Sihat

Pulut adalah makanan yang sihat apabila dimakan dalam kuantiti sederhana dan digabungkan dengan sumber protein dan serat yang seimbang, seperti ikan bakar, kelapa parut, ayam panggang, atau sayur-sayuran. Pulut memberikan tenaga berpanjangan tanpa menyebabkan rasa lesu jika diambil secara sederhana.

© 2024 Pulut Lovers | Semua Hakcipta Terpelihara

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *