Adakah anda tahu apa itu proses pembalseman? Ia adalah teknik yang sering digunakan untuk mengawet jenazah agar kekal dalam keadaan baik, terutamanya jika perlu dihantar ke lokasi yang jauh.
Alat untuk menghancur organ dalaman dan disedut keluar
Proses ini memerlukan kos dan masa, serta pertimbangan agama dan budaya. Dalam Islam, keutamaan adalah:
Pengebumian di segerakan di lokasi tempat kematian berlaku,
Pembalseman diklasifikasikan sebagai menyakitkan mayat. Namun kaedah embalsimen terpaksa dilakukan juga dengan kaedah hukum darurat, jika kematian warga asing di negara seperti China yang tidak membenarkan jenazah asing dikebumikan kecuali dengan kaedah pembakaran.
Pembalsimen juga dilakukan jika ahli keluarga meminta mayat dibawa pulang ke negara asal. Ini adalah untuk mematuhi syarat syarikat penerbangan yang menetapkan sedemikian.
Memahami apa itu pembalseman membolehkan anda membuat keputusan yang lebih bijaksana. Sanggupkah anda melihat jenazah ahli keluarga diperlakukan sedemikian.