Ya, betul. Projek mega boleh memberi kesan positif kepada kadar pertukaran mata wang sesebuah negara.
Projek infrastruktur dan pembangunan berskala besar seperti bangunan pencakar langit mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pengeluaran domestik dan menarik pelaburan asing.
Kesannya boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan pengukuhan nilai mata wang.
Pelabur asing akan menyumbang wang dalam matawang tempatan. Maka permintaan matawang tempatan akan meningkat. Kesannya nilai matawang juga akan meningkat.
Selain itu, penyiapan projek ini boleh meningkatkan pekerjaan dan kepakaran tempatan, perdagangan antarabangsa serta keupayaan eksport negara.
Kesemua ini tentunya menyumbang kepada peningkatan dalam aliran masuk mata wang asing dan kadar pertukaran yang lebih kukuh.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.