Harga durian mungkin lebih rendah ekoran pengeluaran dari China

This post has already been read 142 times!


Harga durian mungkin lebih rendah apabila China mula memperluaskan kawasan durian di pulau Hainan

Ingin mencuba durian yang pertama ditanam di dalam negara China?

Hanya kira-kira 50 tan durian kini dijangka dari wilayah China tahun ini – jauh lebih rendah daripada anggaran awal dan masih jauh untuk memenuhi kira-kira 1 juta tan permintaan semasa dalam negara China pada 2023.


Hainan akan mempertingkatkan keluasan tanaman durian pada tahun-tahun akan datang untuk memenuhi permintaan durian yang melonjak, kesannya menurunkan harga dipasaran.

Durian keluaran China dijangka memasuki pasaran bulan Jun 2023.

Di wilayah pulau tropika Hainan, petani sedang bersiap sedia untuk penuaian durian domestik berskala besar pertama negara berkenaan selepas lebih empat tahun penanaman.

Tetapi Feng Xuejie, pengarah Institut Pokok Buah-buahan Tropika di Akademi Sains Pertanian Hainan dan penyelidik di Akademi Sains Pertanian Hainan, menjangkakan Hainan hanya akan mengeluarkan sekitar 50 tan durian pada tahun ini, menurut laporan oleh CCTV penyiar rasmi China. Anka itu akan menyumbang hanya kira-kira 0.005 peratus daripada permintaan sebenar di China tahun 2023.

Unjuran hasil baharu itu jauh lebih rendah daripada angka 2,450 tan yang dilaporkan CCTV pada bulan Mac 2023.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Laluan khas pengguna telefon bimbit di Chongqing China