Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bantuan tunai khas kepada isi rumah yang tidak dapat menyertai aktiviti menjana pendapatan atas faktor usia dan kesihatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai bulanan khas itu antara tiga cadangan yang dibentangkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya pada Isnin lalu.



Kerajaan dalam usaha untuk membantu golongan miskin tegar yang sangat terkesan dan tidak berkemampuan untuk menjana pendapatan sendiri atas faktor umur atau kesihatan, akan dibantu dengan sebuah solusi dengan menawarkan bantuan tunai khas secara bulanan.


Usul ini telah dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha beliau untuk menoktahkan kemiskinan tegar tahun 2024.

Beliau meminta semua agensi dan kementerian untuk menyemak dan mengemas kini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin yang layak untuk dibantu dan menjana pendapatan di bawah PGK makanan dalam tahun ini.


Perdana Menteri berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dan program-program dalam membasmi kemiskinan tegar antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman dan pemberian modal perniagaan.


Jelasnya, ini termasuk latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan dan usaha-usaha ini telah pun dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi dalam usaha menarik keluar rakyat dalam kelompok miskin tegar.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn