Tujuan koc khas untuk wanita ialah untuk mengatasi masalah gangguan seksual oleh suaminya penumpang lelaki terutama warga asing. Mereka mengambil peluang meraba badan wanita dalam koc sesak. Juga berlaku beberapa kes penyeluk saku.

Menyedihkan apabila berhadapan dengan golongan yang “tak reti bahasa”. Terang dan jelas terpapar koc untuk wanita sahaja”. Orang Ramai meluahkan rasa tidak puas hati keadaan yang berlaku. Seperti biasa mereka mendesak supaya tindakan penguatkuasaan perlu diperkasakan.

Warga asing lelaki juga seperti tidak memahami peraturan penggunaan koc yang telah ditetapkan. Perangai sebegini jelas memerlukan khidmat polis bantuan untuk menyelaras penggunaan koc sebagaimana ditetapkan.

Masalah ini tentu sekali mengganggu keselesaan kaum wanita untuk menaiki tren. Tindakan segera membetulkan keadaan amat di perlukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn